SHIPPING POLICY

Jika pesanan telah disahkan, ia akan dihantar kepada anda mengikut tempoh seperti berikut :

Daerah setempat dan kawasan bandar; jangkaan limit 4-5 hari bekerja dari tarikh pesanan.
Daerah luar kawasan & Sabah/Sarawak/Labuan; jangkaan limit 7-10 hari bekerja dari tarikh pesanan.

Sekiranya anda memilih untuk membuat Pengambilan sendiri, anda perlulah mengambil pesanan tersebut (di tempat yang telah anda tentukan semasa membuat pesanan) dalam tempoh 7 hari dari tarikh pesanan dibuat. Sekiranya anda/wakil anda gagal mengambil pesanan dalam tempoh tersebut, maka pesanan anda akan dilupuskan & TIADA pulangan wang dikembalikan.

Apabila anda menerima pesanan dari perkhidmatan kurier mahupun Pengambilan sendiri, pastikan anda memeriksa dengan memastikan produk dan kuantiti yang diterima adalah betul seperti yang dipesan. Anda boleh menghubungi Khidmat Pelanggan dalam tempoh 7 hari dari tarikh resit sekiranya terdapat sebarang percanggahan. Segala percanggahan yang dilaporkan selepas tempoh yang diberikan TIDAK akan dilayan.

Pesanan yang dibuat menerusi atas talian samada menggunakan perkhidmatan kurier ataupun Pengambilan sendiri tidak boleh dipulangkan dan ditukar melainkan produk yang diterima oleh anda tidak menepati pesanan yang dipinta, mempunyai masalah kualiti atau dalam keadaan yang tidak boleh dimakan/digunapakai.